Aku ke?

My photo

Mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang suka makan dan tido. :)

Sunday, October 3, 2010

apekebendanih?

Ehem, macam mana nak mula?

Aku menulis blog nih semula sebab banyak benda aku rasa boleh kongsi. Agak pelik gak la kalau berlaku kat aku. *aku rasa kot.
Penulisan blog ini mungkin ada berkaitan sama ada yang hidup atau sedang sakit mahupun sedang dating.

Bermulanya aku menulis blog nih dengan ada asas kehidupan seharian aku berkaitan 'wanita', kalau bujang-bujang cakap, 'ladies'.
Benda nih aku akan cerita kejap lagi. Kisah yang aku akan ceritakan berdasarkan seorang 'kawan','sahabat' dan 'inspirasi'. Huiyohhh, ada inspirasi. hebat, hebat. cuma 'skandal' aku takde, mahupun 'bunga'. Bukan sebab takde, tapi aku tak berkenan, benda nih mengarut. Feeling lebih tapi tup tup, dah berpunya yang lain. Hehe. mungkin orang akan berkata aku adalah 'KASANOVA' sebab selalu tukar-tukar perempuan kalau keluar. Benda nih pon aku akan jelaskan kejap lagi sebab ini ada berkaitan 'kawan','sahabat' dan 'inspirasi'.

Terasa panjang sangat lak mukadimah aku nih. melampau-lampau.

Okaylah, aku mulakan dengan 'kawan'.

Cerita ini bermula aku berkenal dengan beberapa orang sehinggakan aku sendiri melupakan masalah aku ketika dengan dorang, tapi yang peliknya, kenapa dalam 'kawan' tu munculnya seorang 'lawan' walaupun kita tak buat salah kat dorang. mungkin aku bergurau lebih kot. sebab tu adanya lawan untuk aku. Tapi, kita pedulikan dia, tak penting semua tuh. Bukan sakit pon badan aku nak fikirkan pasal lawan. aku berkawan takdelah menimbulkan perasaan sama ada suka,duka dan suka-suka. tapi kenapa dalam kawan, timbul perasaan suka-suka? perkara tu membuatkan aku rimas walaupun aku menganggap dia sebagai kawan. ape yang buatkan dia suka-suka kat aku? kelebihan aku kurang berbanding kekurangan aku yang lebih. aku rasa kawan nih tak boleh ke diteruskan dengan kawan sahaja? lagipon aku tak rasa suka-suka timbul antara kawan. mungkin ada, tapi kejap je. buat ape nak mengharap kalau dia sekadar kawan. bukan teman istimewa pon kan? tol tak tol tak?
memang kawan nih penting, tapi kenapa sampai timbul suka-suka? bukan aku taknak sebab nak jaga status, tapi rasa tak sesuai kot sebab kita hanya sekadar kawan. :)

dahlah, aku malas nak explain panjang lebar pasal 'kawan'.

Sekarang aku nak ceritakan pasal 'sahabat'.

'Sahabat' nih berdasarkan prinsip aku la, 'kita susah, dia takde. kita senang, dia sentiasa ada'. mcm tu kan? sebab sahabat nih aku rasa selalu ambil kesempatan kat kita kalau kita senang. cuba kita susah? ada nak tolong atau nak jenguk kita? heh, melucukan. benda nih berlaku kat aku gak. tapi nak buat mcm mana, simpan aje laa. tapi aku takde la nak simpan lama2. tak guna. lagipon kata 'sahabat'. kita ketawa sama-sama, kita tension, lantak kau laa. kan? hahah! kelakar tol bila kenangkan 'sahabat' nih. tapi aku rasa sahabat nih la paling lama, sebab dia yang tau perangai kita berbanding kawan. sebab kawan mungkin habis dekat tempat tu je. tapi sahabat, walaupun dia tak ambil kisah dengan kita, kalau boleh dia taknak sibuk dan takot nak masuk campur hal. haaa, entahlaa. tak tau nak cakap macam mana lagi.
bila kita jumpa sahabat yang boleh memahami kita bila kita ada masalah? tunggu kita betol2 jujur dengan persahabatan tu ke? tak mungkin.




kalau yang terakhir nih agak payah sket nak ceritakan.

'inspirasi', haaa, macam mana nak mulakan? ehem. hehe. ntah laa. payah nih.
okay2, aku cite. 'inspirasi' nih mungkin korang fikirkan seseorang yang boleh membantu kita dalam segala apa jua cabaran kan?? alah, konon semua tuh, lagi bagi banyak cabaran ada lah. hampagess je semua tuh. kalau 'inspirasi' boleh membantu kita dalam semua masalah, bagi aku tak kott. lagi bagi masalah ade lah. tapi memang kadang-kadang membantu. itu aku akui. kat sini bukan aku nak ceritakan 'inspirasi' tu membantu, tapi menyusahkan. mungkin banyak kot. baiklah.

Yang pertama, mungkin bagi korang 'inspirasi' nih belum dimiliki sesiapa sahaja, tapi walhal, dia memerlukan korang cuma untuk melepaskan bosan dorang kalau tak bersama dengan 'ehem' dorang. lagi2 kalau berjauhan. aku faham, mungkin korang akan fikir 'wahh, ade respon nih' tapi sebaliknya bagi 'inspirasi' nih, 'aku bosan nih, temankan aku msg k?'.
heh, dah bosan dengan ayat permulaan dorang kalau dimulakan 'hai','awak','jom msg'. nampak sangat kat situ 'inspirasi' tu tengah bosan sebab takde sapa2 nak temankan dia. cuma ada pada masa tu korang je. jadi nak taknak korang pon terpaksa melayan.

Yang kedua, memerlukan pertolongan. Mungkin pada masa tu dia takde sape nak mintak tolong disebabkan semua yang berkaitan dengan dia takde disampingnya. jadi nak taknak, 'inspirasi' tu akan meminta bantuan. Jadi korang pon menolong tanpa memikir panjang. Contohnya, 'tolong belikan saya topup, nak keluar jauh laa. awak pakai duit awak dulu, nanti saya ganti'. bagi korang, dia akan msg ngan korang bila dah topupkan. tapi bila dah berbuat perkara yang disuruh, korang terfikir 'tak payah la ganti, bukan selalu buat baik nih'. bengongg tol. tak tau dia cuma mempergunakan korang untuk kebaikan dia sendiri.

Yang ketiga, aku rasa part nih agak menggelikan aku sket la. hehe. bila korang confess perasaan korang kat 'inspirasi' tu, firstly ape yang korang akan fikirkan? mesti mengharap dia akan terima kan? tapi tak, dia cuma cakap ye. tapi sebaliknya, lagi banyak peluang akan dia gunakan kat korang. dalam masa yang sama, 'inspirasi' korang buat langkah berhati-hati supaya tak kantoi disebabkan dia mempunyai hubungan lain. *kemungkinan laa.

Yang keempat, dah, cukup. nih semua berdasarkan aku punya fikiran la. sebab nih aku buat kat kajian pada kawan aku sendiri. heheheh.
Tapi bab 'kawan' dan 'sahabat' tuh, memang dasarnya pada aku. tak tau laa pada korang. tapi lantak aku laa, nih blog aku.

Haa! yang nih penting. Kenapa 'KASANOVA'?
aku pon tak tao, aku kena label sebab tu oleh 'kawan' aku sendiri. dorang cakap aku selalu keluar dengan perempuan. tukar-tukar lak tu. mane la aku tau, orang dah ajak nak belanja makan. aku kauk je la. takkan la aku nak tolak lak. rezeki mane boleh tolak kan? hehehe. tapi entah la, aku pon tak tao nak jelaskan kepada mereka semua. cehh wahh. hehe





cukupla bebelan aku buat masa nih.
letih nih, dah la tengah lapar nih. adoiii, jom makan!!!

p/s : buat masa nih aku taknak letak gambar. semak la aku rasa.

No comments:

Post a Comment